Nadal terus berjuang di Terbuka China

Nadal terus berjuang di Terbuka China

BEIJING, 5 Okt – Rafael Nadal mara menerusi pertandingan pembukaannya di Terbuka China semalam ketika dia berusaha untuk menebus musimnya yang dicemari dengan kecederaan dengan persembahan kuat di Beijing.

Nadal melepaskan dua permainan kepada pemain rangking ke-39 dari Itali, Paolo Lorenzi, menewaskannya 6-1, 6-1 untuk mara ke-16 pusingan terakhir.

Pilihan utama, Andy Murray menempah tempat dalam pusingan kedua dengan kemenangan 6-2, 7-5 ke atas Andreas Seppi, yang gagal untuk menguasai kebangkitan lewat ketika dia melakukan double fault sebanyak dua kali dalam perlawanan akhir.

Juara Grand Slam 14 kali, Nadal menghampiri penghujung dua musim berturut-turutnya tanpa gelaran Slam sejak dia kali pertama memenanginya pada usia 19 tahun di Roland Garros pada 2005.

Dia mengulangi menghindarkan persoalan mengenai masa depannya dalam sukan itu sejak dipaksa keluar dari pusingan ketiga Terbuka Perancis kerana kecederaan pergelangan yang menyaksikannya tidak beraksi di Wimbledon.

Aksi Nadal ketika mengembalikan bola semasa pusingan pertama Perlawanan Tenis Terbuka China di Beijing pada 4 Oktober 2016. – AFP
Aksi Nadal ketika mengembalikan bola semasa pusingan pertama Perlawanan Tenis Terbuka China di Beijing pada 4 Oktober 2016. – AFP

“Apabila anda mendapatkan kecederaan selama dua bulan setengah pada pertengahan musim (ia) adalah sukar,” kata Nadal selepas pertandingan pusingan pertamanya di Beijing.

“(Terdapat) sedikit untuk menamatkan musim ini. Hari ini adalah kemenangan penting. Terdapat mata untuk dicuba (dan menang) bagi layak dalam World Tour Finals,” tambahnya.

Nadal pada masa ini di kedudukan ke lapan bagi London ATP Finals-yang memperkenalkan lapan pemain utama tahunan dan perlu untuk mendapatkan mata di Beijing bagi memastikan kelayakannya.

Sehingga kecederaan pergelangannya memaksanya meninggalkan gelanggang, Nadal menunjukkan petanda kebangkitan semula tahun ini selepas musim teruk sebagai pemain professional pada 2015 yang menyaksikannya berada di rangking terendahnya dalam tempoh sedekad. – AFP