Nadal tidak lagi menyengat

Nadal tidak lagi menyengat

BUENOS AIRES, 14 Feb – Juara bertahan, Rafael Nadal mengalami satu lagi kejutan selepas mensia-siakan peluang mata akhir sebelum tewas 6-4, 4-6, 7-6 (7/4) kepada Dominic Thiem dari Austria pada separuh akhir Terbuka Argentina, awal pagi tadi.

Nadal yang juga pilihan utama dan beraksi di permukaan tanah liat kegemarannya, akhirnya tunduk di bawah suhu 32 darjah Celsius selepas beraksi selama dua jam 50 minit menentang pemain nombor 19 dunia itu. Thiem akan menentang Nicolas Almagro pada aksi final hari ini.

“Ia adalah perlawanan sukar. Saya mempunyai peluang untuk menang namun mensia-siakannya, tetapi Thiem beraksi baik,” kata Nadal, yang kekal dengan memenangi 47 gelaran di atas gelanggang tanah liat.

“Saya tidak bimbang. Saya hanya hilang konsisten dan perlu mengurangkan kesilapan.”

Nadal akan beraksi di Rio minggu depan yang menyaksikan dia tampil selaku pilihan utama dan pernah menjuarai kejohanan itu pada 2014.

Permainan Nadal kini nampak kurang menyengat apabila tewas pada beberapa kejohanan pembukaan tahun ini. - Reuters
Permainan Nadal kini nampak kurang menyengat apabila tewas pada beberapa kejohanan pembukaan tahun ini. – Reuters

Nadal menerima kejutan terbesar awal tahun ini apabila terkeluar pada Terbuka Australia selepas kalah pusingan pertama. – AFP