Nadal tidak sertai kejohanan Wimbledon

Nadal tidak sertai kejohanan Wimbledon

MADRID, 10 Jun – Rafael Nadal tidak akan beraksi di Wimbledon selepas gagal untuk pulih daripada kecederaan pergelangan tangan yang juga memaksanya untuk menarik diri lebih awal daripada kejohanan Terbuka Perancis, bintang Sepanyol itu mengumumkan dalam laman Facebook.

“Hey semua. Saya sedih untuk mengumumkan bahawa selepas bercakap kepada doktor saya, dan menerima keputusan ujian perubatan terakhir saya, saya tidak dapat untuk beraksi di Wimbledon tahun ini,” tulis pemain itu, 30, yang terdesak untuk kembali cergas bagi Olimpik Rio pada Ogos ini.

“Seperti yang anda boleh bayangkan, ia adalah keputusan yang sukar, tetapi kecederaan yang saya alami di Roland Garros memerlukan masa untuk sembuh.”

Pemenang gelaran Grand Slam 14 kali itu adalah juara Wimbledon pada 2008 dan 2010. – AFP

Gambar fail - Nadal ketika menarik diri pada pertengahan kejohanan Terbuka Perancis baru-baru ini, sambil menunjukkan kecederaan pergelangan tangannya. – AP
Gambar fail – Nadal ketika menarik diri pada pertengahan kejohanan Terbuka Perancis baru-baru ini, sambil menunjukkan kecederaan pergelangan tangannya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA