Nadal tundukkan Monfils

Nadal tundukkan Monfils

STUTTGART, Jerman, 14 Jun (Reuters) – Rafa Nadal mara ke pertandingan akhir pertamanya di permukaan gelanggang rumput dalam tempoh empat tahun selepas menewaskan Gael Monflis 6-3, 6-4 dalam separuh akhir Stuttgart International semalam.

Nadal akan bertemu sama ada Viktor Troicki dari Serbia atau Marin Cilic dari Croatia dalam pertandingan akhir pertamanya sejak kempen di gelanggang tanah liat yang mengecewakan berakhir dengan kekalahan suku akhir Terbuka Perancis kepada Novak Djokovic.

Nadal, yang menyaksikan pertandingan akhir gelanggang rumput di Wimbledon pada 2011, jatuh ke tangga ke-10 dalam rangking ATP selepas tahun sukar di mana dia hanya memenangi gelaran perseorangan.

Juara Wimbledon dua kali itu kelihatan tajam menentang Monflis, mengatasi pemain dari Perancis itu yang gagal untuk menyudahkan sebarang peluang empat mata penamat hanya dalam 79 minit.

“Saya rasa saya beraksi dengan baik. Penting bagi saya selepas tewas di Roland Garros untuk terus beraksi dan memiliki sikap yang tepat, tahap tenis yang tepat dalam masa beberapa minggu,” kata pemain dari Sepanyol itu dalam Sky Sports.

Rafa Nadal mara ke pertandingan akhir Stuttgart selepas menewaskan Gael Monflis semalam. – AFP
Rafa Nadal mara ke pertandingan akhir Stuttgart selepas menewaskan Gael Monflis semalam. – AFP

“Saya berlatih setiap hari dengan sikap yang positif, berlatih beberapa jam di atas gelanggang. Saya mempunyai tiga bulan yang sukar – terlalu teruk bagi saya – tetapi saya merasakan bulan lalu adalah lebih baik.

“Saya gembira sekali lagi dalam tenis dan setiap kejayaan adalah penting dan berada dalam final adalah berita yang menggembirakan.”

Nadal memenangi gelaran Stuttgart sebanyak dua kali pada 2005 dan 2007, apabila pertandingan itu diadakan di permukaan tanah liat.

ARTIKEL YANG SAMA