Nadwah bincang isu kekeluargaan

Nadwah bincang isu kekeluargaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Pusat Kajian Fiqh al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin, telah mengambil inisiatif mengadakan Nadwah Fiqh al-Usrah sebagai usaha ke arah meningkatkan kefahaman dan kepentingan institusi keluarga yang baik dan islamik bagi anak-anak.

Majlis yang diadakan di Dewan Serba Guna Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong itu telah dihadiri oleh isteri pemangku raes KUPU SB, Hajah Salwana binti Haji Husin,

Seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada peserta Kursus Pra-Nikah, Muslimah masjid-masjid di Daerah Brunei dan Muara, pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid dan KUPU SB mengikuti program berkenaan.

Acara berkenaan telah dikendalikan oleh Penolong Pensyarah KUPU SB, Dayangku Katijah binti Pengiran Sulaiman selaku moderator dan mengetengahkan tiga orang ahli panel iaitu Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Haji Saharuddin bin Haji Patra; Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor; dan Penolong Pensyarah KUPU SB, Hajah Raneya Fatihah binti Haji Japar.

Majlis berkenaan mengetengahkan tiga ahli panel bagi membincangkan isu-isu kekeluargaan.
Majlis berkenaan mengetengahkan tiga ahli panel bagi membincangkan isu-isu kekeluargaan.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mengetengahkan isu-isu kekeluargaan serta mengemukakan cara terbaik untuk menanganinya.

Di samping itu, ia juga diadakan untuk berkongsi pengalaman dan petua-petua berkaitan keibubapaan dan kekeluargaan berlandaskan hujah-hujah ilmiah yang bernas serta menjalin hubungan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang kekeluargaan.

Pihak penganjur berharap dengan adanya majlis seumpama ini akan dapat memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan di samping percambahan ilmu khususnya yang berhubung kait dengan isu-isu keibubapaan dan kekeluargaan.

Sesungguhnya memelihara kerukunan rumah tangga dan keluarga serta menjaga zuriat adalah amanah dan tugas ibu bapa dalam melahirkan keluarga sakinah mawaddah warahmah.

ARTIKEL YANG SAMA