Nafi akan berjumpa presiden China

Nafi akan berjumpa presiden China

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemui presiden China dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pencerobohan kapal China di perairan Borneo.

Shahidan berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa perdana menteri akan membawa isu pencerobohan itu terus kepada Presiden China Xi Jinping.

Jelasnya, beliau juga bukan ahli Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti dilaporkan, tetapi hanya menjaga hal ehwal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Saya menafikan Najib akan berbuat demikian. Saya juga tegaskan bahawa saya bukan ahli MKN tetapi menteri yang menjaga penguatkuasaan perairan negara,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.

Hari ini, portal berita Wall Street Journal melaporkan bahawa Malaysia akan membantah pencerobohan yang dilakukan kapal daripada pasukan pengawal perairan China di kawasan utara Pulau Borneo.

ARTIKEL YANG SAMA