Nafi cuba seludup minyak

Nafi cuba seludup minyak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan cuba membawa keluar barang tegahan tanpa kebenaran.

Sahari bin Haji Osman /Haji Othman, 54, didakwa cuba membawa keluar 77 liter minyak diesel dan seguni beras Thai Hom Mali ketika ditahan di luar kawasan Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait pada 15 Julai 2013 kira-kira jam 3 petang.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA