Nafi Panadol berisi serpihan besi

Nafi Panadol berisi serpihan besi

Oleh Azlan Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Pelbagai khabar angin tidak berasas yang ada kalanya memalukan beberapa pihak, jabatan kerajaan mahupun swasta yang berlegar di media sosial di negara ini semakin sukar dibendung.

Terbaru menjadi mangsa media sosial ini ialah Jabatan Perkhidmatan Farmasi yang hari ini terpaksa mengeluarkan satu kenyataan untuk menangkis khabar angin di ruang siber yang mendakwa terdapat serpihan kecil besi dalam pil Panadol yang terdapat di negara ini.

“Selepas menyelidik dan mengenal pasti sumber asal mesej itu, Jabatan Perkhidmatan Farmasi ingin menegaskan bahawa khabar angin mengenai Panadol seperti itu dijual di Brunei adalah tidak benar sama sekali,” menurut kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan di sini.

pg02_151017_a

“Jabatan Perkhidmatan Farmasi ingin memaklumkan orang ramai bahawa di bawah Perintah Ubat-ubatan 2007, Penggal 10 (1) tidak seorang pun boleh mengilang, menjual, membekal atau mengimport sebarang produk ubat-ubatan kecuali produk itu berdaftar.

“Jabatan Perkhidmatan Farmaseutikal akan terus memantau pengimportan ubat-ubatan selain menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa buah premis perniagaan tertentu bagi memastikan ubat-ubatan dijual di negara ini adalah berdaftar dan selamat untuk digunakan,” menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA