Nagelsmann jurulatih termuda

Nagelsmann jurulatih termuda

BERLIN, 12 Feb – Julian Nagelsmann (gambar) yang masih belum lulus peperiksaan akhir lesen kejurulatihan, muncul selaku jurulatih termuda dalam Bundesliga selepas dia yang baharu berusia 28 tahun dipilih menggantikan Huub Stevens di kelab bermasalah Hoffenheim.

Nagelsmann, jurulatih pasukan akademi Hoffenheim, sebelum ini sudah bersetuju pada Oktober lalu untuk mengambil alih kerusi panas itu bermula awal musim depan.

Tetapi peletakan jawatan mengejut oleh pengendali kelahiran dari Belanda Stevens, yang sepatutnya mengemudi pasukan sehingga akhir musim ini dengan alasan masalah kesihatan semalam, membuka laluan kepada Nagelsmann untuk mengambil alih lebih awal daripada dijadualkan.

Nagelsmann berdepan ujian menggunung untuk mengekalkan Hoffenheim dalam saingan Bundesliga, tatkala mereka kini menghuni kedudukan ke-17 daripada 18 pasukan dalam liga.

“Julianmampu menggalas tanggungjawab ini (dan) kami yakin dia boleh memberi inspirasi kepada pasukan ini,” kata pengarah sukan Alexander Rosen dalam kenyataannya. – Reuters

pg21_160213_b

ARTIKEL YANG SAMA