Nahas bas ragut 21 jiwa, 17 cedera

Nahas bas ragut 21 jiwa, 17 cedera

NEW DELHI, 2 Julai (AFP) – Kira-kira 21 orang terbunuh dan 17 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pada kelajuan yang tinggi di tengah India, lapor media tempatan kelmarin.

Kemalangan itu berlaku apabila bas yang membawa 38 penumpang bertembung dengan sebuah trak di jalan Khandwa-Indore, di negeri Madhya Pradesh, tengah India, lapor agensi berita Press Trust of India, memetik kenyataan polis.

Kedua-dua kenderaan itu bergerak pada kelajuan tinggi, lapor PTI, menambah bahawa mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Kemalangan lalu lintas sering terjadi di India, dengan lebih 200,000 kematian setiap tahun, menurut Persatuan Kesihatan Sedunia.

Hasil analisis pengangkutan menunjukkan sejumlah besar kemalangan adalah berpunca daripada jalan rosak, kenderaan yang kurang diselenggarakan dan kecuaian memandu.

ARTIKEL YANG SAMA