Nahas bas ragut 30 jiwa di Zimbabwe

Nahas bas ragut 30 jiwa di Zimbabwe

HARARE, 4 Mac (AFP) – Kira-kira 30 orang terkorban dan 36 lagi cedera apabila dua bas berlanggar di jalan utama antara bandar Harare, Zimbabwe dan Bulawayo di barat daya, menurut polis hari ini.

“Saya boleh mengesahkan bahawa kemalangan jalan raya mengerikan kelmarin melibatkan sebuah bas konvensional dan sebuah bas mini,” menurut jurucakap polis, Charity Charamba.

“Seramai 28 orang termasuk kedua-dua pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian dan dua yang lain dimasukkan ke hospital Kwekwe. Daripada yang tercedera itu, 32 dikatakan dalam keadaan yang kritikal.”

Charamba mengatakan kemalangan itu berlaku apabila tayar sebuah bas berkenaan pecah dan melencong ke jalan sebelah yang bertentangan.

“Daripada apa yang dilihat salah seorang atau kedua-dua pemandu kenderaan tersebut memandu melebihi had laju,” katanya.

Kemalangan itu muncul sehari selepas lima orang terbunuh dalam pelanggaran lain yang diakibatkan tayar pecah.

Kemalangan jalan raya biasa terjadi di Zimbabwe, di mana lebuh rayanya berlubang-lubang akibat bertahun-tahun tidak diabaikan.

ARTIKEL YANG SAMA