Nahas bas ragut 8 jiwa di Thailand

Nahas bas ragut 8 jiwa di Thailand

BANGKOK, 25 Okt (dpa) – Sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan di wilayah barat Thailand telah membunuh lapan orang dan mencederakan 28 yang lain hari ini, menurut laporan media.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan sebuah bas yang rosak teruk dalam keadaan terbalik di tepi jalan bergunung.

“Enjin terhenti, sementara bas menuruni bukit sebelum melanggar ke pengadang jalan,” kata Somsaard Saengkaew, salah seorang mangsa cedera, memberitahu akhbar Thai Rath selepas dia sedar daripada pengsan di hospital.

Bas berkenaan membawa 40 orang dalam satu lawatan urus niaga di wilayah Kanchaburi, 170km dari Bangkok.

Polis masih lagi menyiasat kemalangan berkenaan.

Thailand memiliki kadar kematian jalan raya paling buruk yang kedua di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).