Nahas jalan raya, seorang maut tiga parah

Nahas jalan raya, seorang maut tiga parah

KOTA KINABALU, 23 Dis (Bernama) – Seorang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 12 Jalan Keningau-Sook, kira-kira pukul 5.45 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Doughlas Nyeging Taong berkata mangsa, Machadir Sumhar, 22, adalah penumpang warganegara Indonesia, yang maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Tiga yang parah itu ialah Tewud Tan Zueng, 21, Ag Amjah Amzah, 51 dan anaknya Dayang Norain Ag Amjah berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Doughlas berkata kejadian berlaku apabila kenderaan jenis pikap dari arah Sook memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Mazda dari Keningau sebelum kedua-dua kenderaan terbabas ke lorong kanan jalan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat SabahMohd Affendy K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.50 petang dan tiba di tempat kejadian 6.05 petang.

ARTIKEL YANG SAMA