Nahas kapal terbang AS, juruterbang maut

Nahas kapal terbang AS, juruterbang maut

HOUSTON, 1 Sept – Seorang juruterbang terbunuh semalam selepas pesawat satu enjin terhempas ke dalam hangar di sebuah lapangan terbang perbandaran di Bentonville, sebuah bandar di bahagian barat laut negeri AS, Arkansas.

Jurucakap Jabatan Polis Bentonville berkata, kemalangan itu berlaku semasa hendak berlepas pada Rabu, membunuh seorang pilot yang berusia 70 tahun, Rex L. Grimsley, satu-satunya penumpang di atas kapal, menurut laman web ArkansasOnline. – Xinhua