Nahas kapal terbang Nepal ragut 23 jiwa

Nahas kapal terbang Nepal ragut 23 jiwa

KATHMANDU, 24 Feb (Reuters) – Sebuah pesawat kecil terhempas di Nepal kelmarin dalam keadaan cuaca yang buruk, membunuh kesemua 23 orang di atas kapal, kata seorang pegawai polis, iaitu bencana udara kedua negara itu pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pesawat Twin Otter yang dikendalikan oleh Tara Air, berada dalam penerbangan dari Pokhara, 125 kilometer (80 batu) barat ibu negara, Kathmandu, ke Jomsom apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan.

“Ia telah hancur berkecai menjadi kepingan,” pegawai polis, Bishwaraj Khadka berkata kepada Reuters dari Myagdi, iaitu bandar terdekat dari lokasi kemalangan. “Tidak ada yang terselamat.”

Gambar yang diambil pada 1 Jun 2010 menunjukkan pesawat Twin Otter, Tara Air, DHC-6, pesawat sama yang dilaporkan terhempas pada awal hari kelmarin. - AFP
Gambar yang diambil pada 1 Jun 2010 menunjukkan pesawat Twin Otter, Tara Air, DHC-6, pesawat sama yang dilaporkan terhempas pada awal hari kelmarin. – AFP

Seorang warga China dan seorang warga Kuwait adalah antara yang terkorban.

Pegawai berkata, kabus tebal telah menyelubungi kawasan Mustang di mana Jomsom terletak.

Mustang adalah kawasan pendakian yang popular di litar pendakian Gunung Annapurna. Ianya kawasan yang sama dalam nahas pesawat terhempas di barat Nepal pada tahun 2014 lalu, yang membunuh 18 orang.

ARTIKEL YANG SAMA