Nahas pesawat ragut 9 jiwa

Nahas pesawat ragut 9 jiwa

WASHINGTON, 26 Jun (AFP) – Sebuah kapal terbang terhempas ke batu granit di tengara Alaska semalam membunuh kesemua sembilan penumpang, kata polis AS.

Kru kecemasan berjaya sampai ke pesawat udara dan mengesahkan mangsa yang terbunuh, tetapi cuaca di fiord menghalang usaha penemuan, kata Megan Peters daripada Jabatan Keselamatan Awam Alaska.

“Disebabkan cuaca buruk, usaha menemui mayat tidak akan diteruskan sehingga esok,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kapal terbang itu, DeHavilland DHC-3 Otter, terhempas berhampiran Ketchikan, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Sebuah helikopter pelancongan terjumpa bangkai kapal terbang kira-kira 800 kaki di atas sebuah tasik di kawasan tanah gersang Misty Fjords, kata polis.

Fiord itu dikelilingi oleh hutan tebal dan batu tegal.

Syarikat pelancongan menawarkan perjalanan menerusi fiord, kebanyakan mereka termasuk satu pendaratan air dalam pesawat laut.

Kapal terbang itu terhempas pada tengah hari dan dilaporkan terlewat pada petang apabila ia tidak kembali ke pangkalannya, kata FAA.

Ia dilaporkan membentuk sebahagian daripada Holland America Line, sebuah kapal persiaran yang beroperasi di kawasan itu.

“Kami amat risau dengan keadaan ini, dan kami berdoa mereka yang berada dalam kapal terbang dan keluarga mereka,” kata kapal persiaran dalam satu kenyataan mengikut Alaska Dispatch News.