Nahas van bunuh 4 pelancong Mexico

Nahas van bunuh 4 pelancong Mexico

BANGKOK, 15 Jan (AFP) – Empat pelancong Mexico terbunuh dan enam orang lain cedera apabila van pelancongan mereka merempuh sebatang pokok di tengah Thailand, kata polis hari ini.

Kemalangan itu berlaku di wilayah Phichit lewat semalam tatkala kumpulan berkunjung dalam sebuah van sewa dari Bangkok ke ibu negara bersejarah Thai Sukhothai.

“Pemandu hilang kawalan dan van terbabas dari jalan dan merempuh sebatang pokok. Empat orang terbunuh – dua lelaki dan dua wanita – sementara enam orang cedera, salah seorang di antara mereka cedera parah,” beritahu polis daerah, Kapten Patiwat Sonthirod, kepada AFP.

“Saya mengesyaki pemandu mungkin tertidur atau tidak biasa dengan jalan raya di sana,” ujar beliau.

Thailand mempunyai jalan raya kedua paling merbahaya di dunia dari segi kematian per kapita. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan kira-kira 24,000 orang mati setiap tahun dalam kemalangan lalu lintas jalan.

Tiga belas pelancong Malaysia terbunuh dalam satu nahas bas sebelum Krismas.

ARTIKEL YANG SAMA