Naib presiden Nepal baru

Naib presiden Nepal baru

KATHMANDU, Nepal, 1 Nov (Agensi) – Nanda Bahadur, ahli jawatankuasa tetap Parti Komunis Bersatu Nepat (Maoist), telah dilantik sebagai naib presiden negara Himalaya itu kelmarin.

Pun, lahir di kampung Rangsi Daerah Rolpa di barat tengah Nepal, lebih dikenali sebagai Nanda Kishor Pun “Pasang.” Beliau yang berusia 50 tahun itu memenangi pilihan raya dengan 325 undian sementara pencabarnya calon Kongres Nepal, Amiya Kumar Yadaz hanya mendapat 212 undi.

Jurucakap Parlimen Nepal onsari Gharti Magar mengumumkan keputusan timbalan presiden itu ketika satu sesi Parlimen, menggantikan tempat Paramanand Jha, yang telah dilantik sebagai timbalan presiden pertama negara itu pada 23 Julai 2008.

ARTIKEL YANG SAMA