Nairo Quintana fokus Jelajah Perancis

Nairo Quintana fokus Jelajah Perancis

PARIS, 1 Julai (AFP) – Dia mungkin diam dan merendah diri, tetapi bagi kebanyakan orang, Nairo Quintana yang begitu berpengalaman adalah pesaing yang perlu diberi perhatian sebelum muncul juara dalam Jelajah Perancis tahun ini.

Penunggang dari Colombia berusia 25 tahun itu mengekalkan dirinya jauh daripada tumpuan ketika pembangunan Jelajah dengan berlatih di tempat sendiri di Tunja dan menghindarkan acara pemanasan badan tradisi Jelajah.

Namun dia melakukan urusannya secara diam, meningkatkan keputusan, memenangi perlumbaan berprestij, Tirreno-Adriatico Mac lalu, memenangi satu perignkat pergunungan sudah cukup memastikan kemenangan pada keseluruhannya.

Dan dalam Jelajah yang jelas memihak kepada pakar pendaki, Quintana mempunyai platform sempurna untuk melancarkan usahanya pergi lebih baik berbanding dua tahun lalu apabila selesai kedua di belakang Chris Froome dan mendapatkan polka raja gunung dan jersi putih penunggang muda.

Quintana bukanlah pesaing yang boleh dipandang rendah jika mahu menang Jelajah Perancis. – Reuters
Quintana bukanlah pesaing yang boleh dipandang rendah jika mahu menang Jelajah Perancis. – Reuters

Kesemua keputusan terbaiknya dicapai dalam jelajah melibatkan peringkat pergunungan, memenangi Jelajah Murcia pada 2012, Basque Country dan Burgos 2013, San Luis dan Burgos pada 2014 dan sekarang Tirreno-Adriatico tahun ini.

Dia juga memenangi Jelajah Perancis 2010 dan Giro d’Italia tahun lepas. Tahun ini, seluruh fokusnya adalah ke atas Jelajah dan dia mempunyai banyak peluang untuk menggunakan kekuatan pendakian dengan enam penyudah kemuncak. Quintana adalah pencabar paling ringan berbanding pesaing lain dan secara meluas dilihat sebagai pendaki terbaik dunia. Dia juga biasa bermula perlahan dalam Grand Tour dan hadir dengan gagah pada minggu akhir dengan empat peringkat pergunungan, jadi itu seharusnya sesuai dengan ketua Movistar itu.

Beliau yang hampir sama seperti Alejandro Valverde yang tidak cukup kuat dalam tiga minggu persaingan, sudah cukup untuk memastikan pesaing lain tidak akan menghiraukannya.

ARTIKEL YANG SAMA