Najib, Abe bincang gelombang kedua dasar 2.0

Najib, Abe bincang gelombang kedua dasar 2.0

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membincangkan gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur 2.0 semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe, di sini hari ini.

Menurut seorang pegawai, hubungan usaha sama berasaskan dasar itu harus sesuai dengan Visi 2020 Malaysia serta matlamat Jepun untuk mencergaskan semula ekonomi selain mengukuhkan pembabitan negara itu dengan ASEAN.

Najib mengumumkan dasar 2.0 semasa lawatan rasmi ke Korea Selatan pada Disember tahun lepas.

Datuk Seri Najib semasa mesyuarat dua hala bersama Shinzo Abe di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2015 semalam. – Bernama
Datuk Seri Najib semasa mesyuarat dua hala bersama Shinzo Abe di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2015 semalam. – Bernama

Mesyuarat dua hala itu yang berlangsung selama 40 minit, turut menyentuh mengenai bidang seperti kerjasama pertahanan, maritim, kereta api berkelajuan tinggi serta pembaharuan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Abe berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN ke-27 yang bermula esok.

Beliau akan mengetengahkan usaha Jepun dalam isu global selain menggalakkan kerjasama ekonomi di Asia Pasifik.

Pada pertemuan itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Najib atas kejayaannya selaku Pengerusi ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

ARTIKEL YANG SAMA