Najib jamin kestabilan Malaysia untuk manfaat ahli perniagaan AS

Najib jamin kestabilan Malaysia untuk manfaat ahli perniagaan AS

SAN FRANCISCO, 18 Feb (Bernama) (Bernama) – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia memiliki kestabilan serta kepastian untuk mereka yang mahu melabur di negara ini.

Perdana Menteri berkongsi kelebihan negara dalam usaha menarik ahli perniagaan AS sewaktu mengadakan bertemu dengan kalangan pemimpin industri negara maju itu di sini, hari ini.

“Sebagai ahli perniagaan, anda pasti mahukan kestabilan serta kepastian dan sebagai Perdana Menteri, saya akan memberi kestabilan dan kepastian ini untuk anda,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari di sebuah hotel di San Jose di Silion Valley atau Lembah Silikon, di sini.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Surat Kelulusan Pelaburan Tambahan kepada Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Finisar Corporation, Jerry S.Rawls. – Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Surat Kelulusan Pelaburan Tambahan kepada Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Finisar Corporation, Jerry S.Rawls. – Bernama

Tegas Perdana Menteri, selain menyasarkan pertumbuhan ekonomi mapan antara lima hingga enam peratus setahun, kerajaan Malaysia juga berusaha mencapai bajet seimbang serta pengurusan kewangan yang berhemat.

“Kerajaan dapat mencapai defisit bajet sebanyak 3.2 peratus tahun lepas berbanding 6.9 peratus pada 2009. Pencapaian ini amat baik biarpun negara sedang berdepan cabaran ekonomi (global) yang ketara,” katanya.

Malah, kata Najib, pasaran saham Malaysia juga kukuh dan negara ini sememangnya mempunyai banyak perkara positif untuk ditawarkan.

“Kita akan melayan keperluan anda kerana ini adalah kerajaan yang amat responsif.

ARTIKEL YANG SAMA