Najib kutuk kezaliman Israel, tuntut keadilan Palestin

Najib kutuk kezaliman Israel, tuntut keadilan Palestin

NEW YORK, 2 Okt (Bernama) – Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk kezaliman Tel Aviv di wilayah yang diduduki oleh mereka dan menggesa supaya penyelesaian muktamad dicapai bagi mengakhiri ketidakadilan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut menyentuh ancaman kumpulan militan yang dikenali IS, yang tidak tahu ajaran Islam yang sebenar serta pengalaman sendiri Malaysia dalam membendung ekstremisme militan.

Berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis, beliau berkata keberanian diperlukan untuk menangani secara berkekalan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin yang menderita sejak 1948.

“Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan keganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran antara jemaah Palestin dan tentera Israel dilaporkan berlaku setiap hari di Majid Al-Aqsa.

Najib semasa berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada khamis lalu. – Bernama
Najib semasa berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada khamis lalu. – Bernama

Rabu lepas, untuk pertama kali dalam sejarah, bendera Palestin dinaikkan di ibu pejabat PBB selepas pihak berkuasa Palestin memperoleh status pemerhati bukan anggota badan dunia itu pada 2012.

Mengenai IS, Najib berkata Malaysia menanggap masalah militan dengan cukup serius dengan kedua-dua pengikut yang berhasrat menggunakan Kuala Lumpur sebagai tempat transit dan mereka yang mahu menyemai benih keganasan dan kemusnahan di tanah air.

Najib berkata dunia mesti memerangi IS dan ideologi sesat dan dari segi teologi tidak masuk akal serta mempersendakan Islam yang “menuntut kita supaya lebih berpengetahuan, penyayang dan merendah diri.”

Beliau berkata tidak sepatutnya ada persengketaan sesama Islam dan tidak antara puak Syiah dan Sunni yang mungkin menganuti fahaman berbeza tetapi mencari hala tuju yang sama.

“Kerajaan Malaysia telah membantu membangunkan sebuah badan biasiswa yang penting. Sebuah kumpulan cendekiawan Sunni dan Syiah yang mewakili pelbagai sektor komuniti Islam global telah berhimpun di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata misi kumpulan tersebut adalah untuk mendefinisikan Negara Islam berdasarkan kesinambungan agama Islam sejak 14 abad lepas dan ia tiada persamaan dengan entiti di Syria dan Iraq yang menyalahgunakan nama tersebut.

Najib berkata kumpulan yang dikenali IS tidak tahu ajaran Islam yang sebenar, sifat penyayang atau tanggungjawab asas untuk menjaga dan ambil tahu tentang sesama manusia.

“Mereka melanggar perintah Tuhan. Mereka mencemarkan nama agama kita dengan mengakui diri mereka sebagai kalifah – yang tiada orang Islam sebenar akan membuat pengakuan itu.”

ARTIKEL YANG SAMA