Najib lakukan lawatan kerja dua hari ke Singapura

Najib lakukan lawatan kerja dua hari ke Singapura

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Singapura bermula hari ini bagi menghadiri Pemukiman Ke-6 Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura.

Semasa sesi pemukiman itu, Najib dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, disusuli dengan mesyuaratperwakilan dengan kedua-dua pihak akan membincangkan pelbagai isu dua halakepentingan bersama dan menyemak perkembangan kerjasama hubungan dua hala sediaada, termasuk inisiatif yang dipersetujui semasa sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin 2014. – Bernama

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini, Memorandum Persefahamanantara Malaysia dan Singapura Mengenai Kerjasama dalam Pembangunan KeupayaanDalam Pencarian dan Penyelamatan Urban dan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjianantara Malaysia dan Singapura Mengenai Pembinaan dan Operasi Terminal Feri dan Perkhidmatan Feri antara Semenanjung Malaysia dan Singapura akan ditandatangani pada sesi pemukiman itu.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA