Najib rombak kabinet, cuba redakan skandal 1MDB

Najib rombak kabinet, cuba redakan skandal 1MDB

KUALA LUMPUR, 28 Julai (AFP) – Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hari ini menyingkirkan timbalan perdana menteri dan peguam negaranya dalam satu rombakan kabinet yang dilihat secara meluas sebagai satu cubaan untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya sambil memerangi tuduhan rasuah.

Najib menerima tekanan dalam masa beberapa bulan kebelakangan atas dakwaan beliau menyalur keluar wang daripada syarikat pembangunan kerajaan 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB) yang dilancarkannya dalam 2009.

Seruan untuk Najib, 62, berundur semakin meningkat awal bulan ini selepas Wall Street Journal melaporkan dakwaan bahawa hampir AS$700 juta disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Perdana menteri dan 1MDB sekeras-kerasnya menafikan sebarang kesalahan itu. Dalam ucapan disiarkan secara langsung di televisyen, Najib mengumumkan dia sudah menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengkritik pengendalian Najib ke atas skandal itu dan menyeru bagi ketelusan. Beliau juga dianggap sebagai saingan utama Najib bagi kuasa.

Muhyiddin digantikan dengan Menteri Dalam Negeri Zahidi Hamidi yang dianggap penyokong setia Najib.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) mengadakan sidang media bagi mengumumkan rombakan Kabinet di Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin (gambar bawah). – Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) mengadakan sidang media bagi mengumumkan rombakan Kabinet di Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin (gambar bawah). – Bernama

NS04_280715_MUHYIDDIN_MATRIXJelas merujuk kepada Muhyiddin dan menteri-menteri berpangkat rendah lain yang membangkitkan persoalan mengenai 1MDB, Najib mengatakan anggota kabinet ‘tidak seharusnya menyuarakan perbezaan mereka dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pendapat umum terhadap kerajaan dan Malaysia.’

Secara keseluruhan, tujuh orang menteri baru dan sembilan timbalan menteri dilantik, menurut laporan, dalam satu rombakan yang menurut Najib dihasratkan dalam mencipta ‘sebuah pasukan lebih bersatu’ menjelang pilihan raya seterusnya, dijadualkan dalam 2018.

Peguam Negara Abdul Gani Patail yang merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB, juga ditamatkan perkhidmatannya atas ‘alasan kesihatan,’ menurut satu kenyataan kerajaan.

Namun langkah itu mencetuskan spekulasi bahawa Najib cuba mengekang lebih lanjut seruan untuk ketelusan dan kemungkinan besar mengelak dakwaan jenayah. Pelbagai siasatan ke dalam skandal itu kini sedang dijalankan.

Dalam masa setahun lalu, satu siri laporan siasatan mendakwa beratus-ratus juta dolar wang 1MDB hilang dalam transaksi luar negara yang tidak jelas.

Laporan The Wall Street Journal bulan ini mengatakan penyiasat mendapati hampir AS$700 juta dipindahkan melalui pelbagai agensi kerajaan, bank dan syarikat-syarikat berkaitan dengan 1MDB sebelum berakhir dalam akaun Najib.

Perdana menteri menafikan dakwaan itu, menggelarnya ‘sabotaj politik,’ manakala 1MDB mengatakan ia tidak memindahkan sebarang dana kepada Najib.