Najib saksi pemeteraian perjanjian S’wak dan Petronas

Najib saksi pemeteraian perjanjian S’wak dan Petronas

KUCHING, 3 April (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan pemeteraian Perjanjian Utama antara Sarawak dan Petronas bagi pembekalan 450 juta standard meter padu sehari (mmscfd) gas asli untuk sektor tenaga dan bukan tenaga di Sarawak.

Beliau turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalankan kajian bersama Pelan Induk Petrokimia Sarawak.

Mengikut Perjanjian Utama, Petronas akan membekalkan 250 mmscfd gas asli kepada Sarawak Energy Bhd (SEB) untuk loji tenaga sedia adanya Tanjung Kidurong, Bintulu, dan loji tenaga baharu 1,200 MW di Taman Perindustrian Samalaju.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kiri) dengan Datuk Mohd Anuar Taib selepas majlis tandatangan Perjanjian Prinsipal antara kerajaan Sarawak dengan Petronas di Kuching, kelmarin. – Bernama

Perjanjian ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (Huluan) Petronas Datuk Mohd Anuar Taib.

Pada majlis yang sama Najib turut menyaksikan pemeteraian Jualan Gas (GSA) baharu untuk tempoh 20 tahun antara SEB dan Petronas bagi membekalkan 100 mmscfd gas aslu ke lojinya di Bintulu.

Perjanjian itu ditandatangani oleh CEO Kumpuan Datuk Torstein Dale Sjotveit dan anggota Lembaga Pengarah Datuk Fong Joo Chung bagi Sarawak Energy, manakala Petronas diwakili Mohd Anuar.