Najib sampaikan sumbangan nahas helikopter

Najib sampaikan sumbangan nahas helikopter

KUALA NERUS, 23 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada keluarga Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Allahyarham Ahmad Sobri, 26, ialah pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu.