APMM Kota Kinabalu rampas bot, rokok seludup bernilai RM50,000

APMM Kota Kinabalu rampas bot, rokok seludup bernilai RM50,000

KOTA KINABALU, 1 Mei (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot dan merampas sejumlah rokok dianggarkan bernilai RM50,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara ini melalui perairan Kudat.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Kapten Zin Azman MdYunus berkatabot berkenaan ditahan pada 7.05 malam tadi di kawasan perairan Tanjung Dalit dalam operasi khas pasukan penguatkuasa maritim berkenaan.

“Bot suspek melarikan diri ke perairan cetek dan terkandas di batu selepas 20 minit cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot itu, mendapati terdapat beberapa kotak besar mengandungi rokok dipercayai jenis rokok putihyang dibawa dari negara jiran.

Katanya beberapa bungkusan rokok juga didapati dibuang ke laut dantigasuspek di atas bot berkenaan berjaya melarikan diri dengan menyusup masuk ke dalam hutan di kawasan pantai. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Zin Azman berkata beberapa operasi yang dijalankan di kawasan itu sebelum ini gagal, setelah kehadiran APMM dihidu tonto yang berada di sekitar Pulau Udar Besar dan Pulau Udar Kecil.