Najib ucap tahniah kepada Pandelela

Najib ucap tahniah kepada Pandelela

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Pandelela, 22, atlet berasal dari Sarawak, layak ke Sukan Olimpik itu selepas mara ke pusingan akhir acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia semalam.

“Tahniah kpd (kepada) @Pandelela_R atas kemenangan pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia dan menjadi atlet pertama Msia yg layak ke Sukan Olimpik 2016,” kata Najib dalam akaun Twitternya hari ini.

Pandelela meraih pingat gangsa dalam acara kegemarannya 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia awal hari ini.

Pandelela menampilkan aksi konsisten dalam empat daripada lima terjunannya untuk membolehkan Malaysia mengutip pingat pertama acara individu kejohanan itu.

Pandelela Rinong bergambar dengan pingat gangsa setelah mendapat tempat ketiga di Kazan, Rusia sekali gus layak menyertai Olimpik 2016 di Rio. – Reuters
Pandelela Rinong bergambar dengan pingat gangsa setelah mendapat tempat ketiga di Kazan, Rusia sekali gus layak menyertai Olimpik 2016 di Rio. – Reuters

Berdasarkan rekod, Pandelela pernah memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia ketika berganding dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama di Rome, Itali pada 2009 dan Barcelona, Sepanyol 2013.

Pandelela Rinong Pamg meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Akuatik Dunia FINA Ke-16 bagi acara 10m platform wanita.

Pada pusingan separuh akhir Rabu lalu, Pandelela berada pada tempat kelapan daripada 18 penerjun dengan mengumpul 338.10 mata di Aquatic Palace, Kazan, Rusia pada Rabu.

Hanya 12 penerjun sahaja yang layak meraih tiket ke Sukan Olimpik.

ARTIKEL YANG SAMA