Najip i-Team sasar kedudukan lebih baik

Najip i-Team sasar kedudukan lebih baik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Bersempena dengan kemenangan Najip i-Team di tempat ketiga dalam perlawanan bola sepak Liga Super DST tahun ini, satu Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan kelmarin yang berlangsung di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Hadir di majlis itu ialah penasihat Najip i-Team, Haji Zulkifli bin Haji Mumin; Pengurus Najip I-Team, Haji Abdul Rahman bin Haji Ali, pemain-pemain, ahli jawatankuasa dan penyokong setia Najip I-Team.

Pasukan Najib i-Team bagi kemenangan ini telah meraih wang tunai yang bernilai $6000 dan sebuah piala iringan.

Menurut Haji Abdul Rahman, kemenangan ini merupakan kemenangan yang terindah bagi pasukan Najib i-Team kerana ini merupakan kali kedua Pasukan tersebut meraih kemenangan di tempat ketiga dalam perlawanan Liga Super DST bagi dua tahun berturut-turut.

Warga Najib i-Team bergambar ramai di majlis tersebut.
Warga Najib i-Team bergambar ramai di majlis tersebut.

Beliau berharap agar pasukan ini akan lebih meningkatkan lagi usaha mereka pada tahun 2016 dengan menaikkan kedudukan mereka ke tempat sasaran daripada naib juara ke kedudukan juara.

Majlis itu bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pemain Najib i-Team terhadap usaha gigih mereka semasa mengharungi cabaran-cabaran pada waktu perlawanan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pemain, ahli jawatankuasa dan para peminat.

Majlis itu juga turut menyaksikan Haji Abdul Rahman menyampaikan wang-wang kemenangan kepada para pemain Najib i-Team.

ARTIKEL YANG SAMA