Nakao lanjut pimpin ADB 5 tahun lagi

Nakao lanjut pimpin ADB 5 tahun lagi

MANILA, 5 Ogos – Bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan di Jepun, Takehiko Nakao melanjutkan perkhidmatan selama lima tahun lagi sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), pemberi pinjaman yang berpangkalan di Manila berkata, hari ini.

Nakao, yang berusia 60 tahun, menggantikan Haruhiko Kuroda pada April 2013.

“Saya akan menumpukan diri saya untuk terus menerajui ADB kepada kedudukan yang lebih tinggi sebagai sebuah institusi pembangunan utama di rantau ini yang turut membantu mencapai pembangunan inklusif dan mapan,” kata Nakao dalam satu kenyataan.

Nakao akan melanjutkan perkhidmatan selama lima tahun lagi sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB). – AFP
Nakao akan melanjutkan perkhidmatan selama lima tahun lagi sebagai Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB). – AFP

Pemberi pinjaman yang ditubuhkan pada tahun 1966, dimiliki oleh 67 negara anggota yang diketuai oleh Jepun dan Amerika Syarikat.

Ia telah merekodkan keluluskan pinjaman sebanyak AS$16.3 bilion dan geran kepada rantau ini tahun lalu, termasuk AS$2.6 bilion kepada sektor swasta.

Sebelum menyertai bank, Nakao merupakan naib menteri kewangan bagi hal ehwal antarabangsa di Kementerian Kewangan Jepun. – AFP