Nama baru cabar saingan Baiduri Masters

Nama baru cabar saingan Baiduri Masters

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Para peserta dalam Kejohanan Golf Baiduri Masters sudah melangkah ke dalam siri pertama kejohanannya bermula pada 20 Mei 2016 yang lalu dan setelah tiga hari berlangsung, carta keputusan menampakkan perkembangan yang memberangsangkan.

Pada hari kedua menyaksikan lima peserta mula bersaing antaranya adalah Idris Osman yang berada di tangga teratas dengan 71 pukulan dikuti oleh Ali Rashid yang berjaya membuat 72 pukulan.

Peserta baru Chu Vui Kiat menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk berada di kedudukan ketiga dengan 72 pukulan di hadapan juara bertahan Seruji Haji Setia dan Zulhilmi Rosli yang berada di kedudukan keempat dan kelima.

Sementara itu, pada hari ketiga kelmarin menyaksikan perkembangan terkini dalam kejohanan yang berprestij itu apabila 447 peserta bersaing untuk meraih kejayaan menyarung jaket hijau dan rebutan kejohanan.

Kelmarin, Idris Osman meneruskan penguasaannya di hadapan peserta lain dengan 71 pukulan diikuti rapat pendatang baru kejohanan Haji Omar Haji Asmat dengan 72 pukulan sementara Ali Rashid, Chu Vui Kiat, Seruji Haji setia dan Zulhilmi Riosli terikat dengan 72 pukulan.

Peluang kejuaraan masih lagi terbuka kepada peserta ekoran tiga pukulan yang membezakan 12 pemain di tangga teratas kejohanan dan pastinya sambungan di fasa kedua bermula Jumaat ini nanti akan menyaksikan persaingan yang lebih sengit.

Baiduri Masters akan diteruskan pada 27 hingga 29 Mei 2016 dan pemenang bagi kali ke-21 ini pasti akan diketahui pada hujung minggu ini nanti.