Nama baru pembangkang Jepun dilihat berisiko

Nama baru pembangkang Jepun dilihat berisiko

TOKYO, 15 Mac (Reuters) – Nama baru didedahkan oleh parti pembangkang utama Jepun dan kumpulan lebih kecil yang dijangka akan bergabung dengannya telah dibidas, ketika para penganalisis memberi amaran bahawa penjenamaan semula mungkin lebih banyak penjejasannya dari kebaikan, dengan tinggal beberapa bulan lagi akan diadakan pilihan raya kebangsaan.

Para pemimpin dua parti telah mengumumkan nama baru, Minshinto, buat sementara diterjemah sebagai Parti Inovasi Demokrasi (DIP) semalam berdasarkan tinjauan yang mengajukan pertanyaan kepada para pengundi untuk memilih antara kedua-dua pilihan.

Parti lebih besar, Parti Demokrasi Jepun dengan itu akan meninggalkan label yang mana ia telah menyaingi parti Perdana Menteri Shinzo Abe, Parti Demokrasi Liberal selama dua dekad, tetapi yang mana ramai pengundi bersekutu dengan pemerintahan DPJ 2009-2012 yang ditandai dengan salah langkah dasar.

Ramai dalam DPJ dingin terhadap nama baru ini, ditulis dengan ciri sama seperti peringkasan parti memerintah akan datang Taiwan, Parti Progresif Demokrasi, tetapi parti lebih kecil, parti Inovasi Jepun mendesak perubahan sebagai syarat penggabungan kerana dapat dilihat para pengundi merasa jengkel dengan label lama.

Gambar fail bertarikh 13 Mac 2016 menunjukkan Shinzo Abe, yang mengetuai pemerintahan Parti Demokratik Liberal, menyampaikan ucapannya pada parti konvensyen di Tokyo. – AFP
Gambar fail bertarikh 13 Mac 2016 menunjukkan Shinzo Abe, yang mengetuai pemerintahan Parti Demokratik Liberal, menyampaikan ucapannya pada parti konvensyen di Tokyo. – AFP

Para pakar berkata melabel semula mungkin kesilapan strategik, terutamanya memandangkan para pengundi akan mempunyai sedikit masa untuk membiasakan diri dengan nama baru menjelang pengundian majlis tertinggi pada bulan Julai nanti.

“Bukti sains politik adalah jelas menukar fikiran adalah idea yang tidak baik,” kata profesor sains politik Universit Chuo, Steven Reed. “Itu adalah idea tidak baik untuk memenangi pilihan raya.”

Parti-parti pembangkang mengatasi LDP dalam tinjauan pendapat, dengan satu tinjauan media pada Februari meletakkan sokongan bagi parti memerintah pada 38.1 peratus berbanding 9.3 peratus bagi parti Demkorat.

Masih, usaha-usaha parti pembangkang untuk bekerjasama dengan para calon dalam pilihan raya akan datang boleh membuahkan hasil memandangkan tinjauan juga menyatakan para pengundi boleh menukar sokongan jika mereka melihat alternatif mudah kepada parti Abe, LDP.

ARTIKEL YANG SAMA