Nama Rihanna diabadikan pada jalan

PENYANYI Rihanna berterima kasih kepada komuniti penduduk di kampung halamannya Bridgetown, Barbados selepas sebuah jalan dinamakan bersempena namanya.

Di petik dari Daily Mail melaporkan penghargaan itu dibuat sebagai menghargai kejayaan Rihanna, 29, dalam karier seninya sehingga membuatkan semua penduduk bangga dengannya.

Sebelum ini jalan itu dikenali sebagai Westbury New Road dan pada Oktober lalu ia ditukar kepada Rihanna Drive.

Rihanna turut menghadiri upacara menukar nama jalan itu dan berkongsi dengan peminatnya di Instagram.

“Ia hari yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya,” tulisnya.

Sebuah jalan di Bridgetown, Barbadas telah diberi nama Rihanna Drive di mana ia adalah bersempena dengan nama Rihanna yang lahir dari negara itu.