Nani: Penyudah perlu diperbaiki

Nani: Penyudah perlu diperbaiki

SAINT-ETIENNE, 15 Jun (AFP) – Penjaring gol, Nani menggesa pasukannya Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo supaya dapat meningkatkan tahap penyudah mereka di Euro 2016 selepas terikat 1-1 dengan Iceland, awal pagi tadi.

Bintang Real Madrid, Ronaldo memperoleh 10 daripada 24 percubaan tepat di Saint Etienne namun gagal untuk mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang meledak gol dalam empat kejohanan Euro.

“Kami berada di kemuncak, kami bermain bola sepak yang lebih baik tetapi Iceland juga sebuah pasukan yang bagus dan bermain banyak bola tinggi yang mana menjadi punca masalah buat kami.

“Apapun, itulah bola sepak,” kata pemain terbaik perlawanan, Nani. “Kami menunjukkan yang kami sebuah pasukan yang bagus tetapi ini baru perlawanan pertama, masih banyak lagi yang perlu diharungi. Saya fikir, kami perlu bertenang tetapi perlu banyak menjaringkan gol.”

Nani ketika meraikan jaringannya. – AFP
Nani ketika meraikan jaringannya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Seiring dengan rakan pasukan di Portugal, Ronaldo jelas dikecewakan pertahanan Iceland termasuk penjaga golnya, Hannes Halldorsson.

Pemain berusia 31 tahun itu bagaimanapun menyamai jumlah rekod kap yang dihasilkan Luis Figo dengan 127 penampilan.

ARTIKEL YANG SAMA