Nani tinggalkan United

Nani tinggalkan United

LONDON, 3 Julai (Agensi) – Pemain Portugal, Luis Nani sudah bersedia meninggalkan Manchester United untuk menyertai kelab Turki, Fenerbahce.

Menerusi kenyataan kelab itu, perbincangan membabitkan pemain Portugal itu sedang dimuktamadkan dan dia bakal berada di Istanbul pada Ahad ini untuk menjalani ujian perubatan.

“Fenerbahce sudah mengadakan perbincangan dengan Luis Nani dan kelabnya, Manchester United untuk membeli pemain berkenaan,” kata naib juara Liga Turki itu menerusi akaun rasmi Twitternya.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai United pada tahun 2007 daripada Sporting Lisbon.

Musim lalu dia menyertai kembali kelab lamanya itu secara pinjaman dan menjaringkan 11 gol.

Nani akan menyertai kelab Turki Fenerbahce. – AFP
Nani akan menyertai kelab Turki Fenerbahce. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA