Napoli akhiri kemarau gol

Napoli akhiri kemarau gol

NAPLE, Itali, 6 Mac (AFP) – Napoli berkongsi kedudukan teratas Serie A selepas jaringan Gonzalo Higuain, Vlad Chiriches dan Jose Callejon memastikan kemenangan 3-1 ke atas Chievo, awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan kembali pasukan di landasan betul selepas kemerosotan prestasi pada tiga perlawanan terdahulu ketika skuad Maurizio Sarri kini menyamai jumlah 61 mata Juventus yang hanya akan turun beraksi, malam ini.

Selepas memastikan kemenangan pertama sejak hampir sebulan, Napoli kini perlu menunggu keputusan aksi antara Juventus yang berkunjung ke Atalanta.

“Kami mahu kekal dengan prestasi seperti hari ini selepas seri dua dalam dua perlawanan (liga),” kata Callejon.

“Saya fikir kami sudah lakukannya dan kami bekerja sebagai satu pasukan.

Aksi Higuain dan pemain Chievo, Dario Dainelli ketika bersaing dalam perlawanan Serie A antara Napoli dan Chievo Verona di Stadium San Paolo awal pagi tadi. – Reuters
Aksi Higuain dan pemain Chievo, Dario Dainelli ketika bersaing dalam perlawanan Serie A antara Napoli dan Chievo Verona di Stadium San Paolo awal pagi tadi. – Reuters

Sekarang kami berada di atas dan jika kekal seperti ini, kami mampu pergi lebih jauh.”

Napoli juga kekal dengan kelebihan lima mata berbanding pasukan tempat ketiga, AS Roma yang turut menang 4-1 ke atas Fiorentina, awal pagi semalam.

Pada aksi lebih awal, Sampdoria meredakan kegusaran selepas membelasah Hellas Verona 3-0 dengan jaringan disumbangkan Roberto Soriano, Antonio Cassano dan Lazaros Christodoulopoulos ketika sejam perlawanan.

Kemenangan meletakkan Sampdoria ke tangga ke-13 liga selepas mengumpul 31 mata manakala Verona kekal tercorot.

Roberto Soriano, Antonio Cassano dan Lazaros Christodoulopoulos berada di sasaran untuk Samp yang meletakkan lapan mata antara mereka sendiri dan zon penyingkiran.

Verona mempunyai 18 mata dan sembilan zon selamat.

ARTIKEL YANG SAMA