Napoli benam Genoa 3-1

Napoli benam Genoa 3-1

MILAN, 21 Mac (AFP) – Napoli masih boleh terus bermimpi bagi scudetto pertama dalam lebih dari suku abad, kata pemain penyerang, Gonzalo Higuain selepas mengumpulkan jaringannya dalam Serie A kepada 29 gol dalam 30 perlawanan dengan menjaringkan satu gol bagi kemenangan 3-1 ke atas Genoa semalam.

Napoli, yang memburu gelaran Serie A pertama sejak zaman kegemilangan Diego Maradona pada 1990, ketinggalan enam mata dari pendahulu selepas Juventus mencatatkan kemenangan 4-1 di Torino.

Tetapi biarpun bolos jaringan pembukaan 10 minit kepada Tomas Rincon dan melepaskan beberapa peluang sebelum Higuain menyamakan kedudukan pada minit ke-51, tuan rumah terus mendominasi dengan Higuain menjaringkan gol kedua pada minit ke-81 dan pemain gantian, Omar El Kaddouri memecahkan kebuntuan dalam Serie A.

Biarpun pasukan kendalian Maurizio Sarri terus mengekalkan rentak bersama Juventus ketika gergasi Turin itu memburu impian mereka sendiri bagi memenangi gelaran kelima berturut–turut buat kali pertama sejak 1935, perbincangan gelaran itu tidak digemari bagi musim ini di Napoli.

Aksi Higuain melakukan jaringan gol pada perlawanan di Stadium San Paolo ketika menentang Genoa. Napoli berjaya membenam Genoa dengan jaringan 3-1. – Reuters
Aksi Higuain melakukan jaringan gol pada perlawanan di Stadium San Paolo ketika menentang Genoa. Napoli berjaya membenam Genoa dengan jaringan 3-1. – Reuters

Higuain mengakui pasukan Azzurri masih memiliki ‘lapan final’ untuk beraksi dalam persaingan, tetapi dia memberitahu Sky Sport, “a adalah perlawanan sukar bagi kami, tetapi ini adalah tiga mata yang penting. Sekarang, kami boleh terus bermimpi.”

Dia menambah, “Tetapi kami memiliki lapan persaingan di depan kami dan kami perlu menyerahkan segalanya jika kami mahu mencuba dan menjadikan ia berlaku.”

Genoa masih menjadi ancaman selepas jaringan penyamaan Higuain, tetapi dua jaringan Higuain hampir menjadi sebelum meletakkan tuan rumah di depan, yang menyaksikan stadium bertukar menjadi ceria apabila mendapatkan hantaran dari Marek Hamsik sekali lagi dalam kotak penalti untuk membuat sepakan melencong sekitar beberapa pemain dan menerjah gawang Mattia Perin.

ARTIKEL YANG SAMA