Napoli cuba benam Inter

Napoli cuba benam Inter

MILAN, 27 Nov (AFP) – Napoli mengalu-alukan pendahulu liga Inter Milan yang bersedia untuk merebut semula kedudukan teratas ketika AS Roma, yang mengalami satu lagi kekalahan memalukan Liga Juara–Juara, dan Fiorentina pula berusaha untuk mengekalkan momentum bersama pasukan pilihan merebut gelaran Serie A.

Ketinggalan dua mata di belakang pendahulu bersama Fiorentina yang berada di tempat ketiga, kepercayaan Napoli dikuatkan dengan beberapa persembahan menarik di tempat sendiri dan di Eropah.

Pasukan Azzurri belum pernah dikalahkan sejak tewas aksi pembukaan liga di gelanggang luar menentang Sassuolo dan, dengan penyerang Gonzalo Higuain yang mendahului liga dengan 10 gol, pasukan Maurizo Sarri mara ke pusingan 32 terakhir Liga Europa.

Ia jauh berbanding September lalu, apabila kejayaan dalam lima perlawanan pembukaan mereka menyebabkan ikon Napoli Diego Maradona, yang juga arkitek dua daripada gelaran sebelumnya – 1987 dan 1990 – membelasah Sarri.

Sarri yang memakai sut balapan – peminat Napoli sepanjang hayat – menerima pukulan dan sejak itu Napoli dijatuhkan dua mata ketika cuba untuk menjulang tiga gelaran.

Pemain Napoli, Kalidou Koulibaly bersaing dengan pemain Club Bruges, Felipe Gedoz (kiri) dalam aksi Liga Europa tanpa penonton sebagai satu langkah keselamatan di stadium Jan Breydel di Bruges, Belgium kelmarin. – Reuters
Pemain Napoli, Kalidou Koulibaly bersaing dengan pemain Club Bruges, Felipe Gedoz (kiri) dalam aksi Liga Europa tanpa penonton sebagai satu langkah keselamatan di stadium Jan Breydel di Bruges, Belgium kelmarin. – Reuters

“Buat masa sekarang, Napoli menakutkan,” bekas pertahanan Inter dan Itali, Marco Materazzi memberitahu Gazzetta dello Sport.

“Mereka semua tersusun. Mereka melakukan dengan baik dan mendapatkan Higuain, yang juga antara lima penyerang terbaik dunia.”

Di antara mereka, Higuain dan Lorenzo Insigne menjaringkan 17 gol daripada 24 gol Napoli, dan bolos hanya lapan. Inter mencatatkan pertahanan paling kuat dalam Serie A.

Sementara itu, kemenangan Inter akan membuka jurang lima mata ke atas Napoli, Fiorentina dan Roma dijangka akan kekal mengejar, sementara Juventus, sembilan mata di belakang pendahulu, akan membuat kunjungan ke Palermo untuk memburu kemenangan keempat berturut–turut selepas menewaskan Manchester City 1-0 untuk menyelamatkan laluan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

ARTIKEL YANG SAMA