Napoli fokus San Siro

Napoli fokus San Siro

MILAN, 8 April (AFP) – Penggantungan empat perlawanan terhadap Gonzalo Higuain akan membayangi Serie A hujung minggu ini, apabila pemain penyerang dari Argentina itu dan rakan sepasukannya dari Napoli akan tertumpu kepada persaingan di San Siro diantara AC Milan dan Juventus.

Dengan hanya tiga mata di belakang Juventus sebelum perlawanan minggu ini, usaha Napoli bagi menjulang gelaran pertama Serie A dalam tempoh 26 tahun dilihat terjejas berikutan kekalahan mengejut 3-1 di Udinese yang menyaksikan Higuain kehilangan plot selepas dilayangkan kad merah.

Higuain menolak dan menghina pengadil, Massimiliano Irrati dan ditenangkan oleh rakan sepasukan sebelum diheret keluar padang. Kegilaannya itu membawa kepada penggantungan empat perlawanan, dan dengan Juventus sekarang enam mata di depan, akan menyaksikan masa penting Napoli memburu gelaran.

Walaupun Napoli bersedia untuk merayu terhadap apa yang mereka lihat sebagai “hukuman yang tidak adil”, harapan terbaik mereka sekarang terletak kepada Juventus yang meningkatkan ketika mereka dilihat menyelamat gelaran kelima berturut-turut.

Tetapi pasukan juara itu belum pernah tewas dalam 21 perlawanan, dan pertahanan Andrea Barzagli percaya kekuatan Juventus dan percaya ia akan dapat diperlihatkan dalam aksi kali ini.

Reaksi Higuain selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Udinese 3 April lalu. Ketiadaan Higuain akan memberi impak besar kepada harapan gelaran Partenopei. – AFP
Reaksi Higuain selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Udinese 3 April lalu. Ketiadaan Higuain akan memberi impak besar kepada harapan gelaran Partenopei. – AFP

Kemenangan itu seharusnya membolehkan jurulatih Massimilano Allegri untuk mencatatkan kejayaan dari kelab yang memecatnya pada Januari 2014.

“Mencatatkan kemenangan di Milan adalah langkah besar menuju gelaran. Kami memiliki kurang satu perlawanan dan menghampiri objektif kami,” Barzagli memberitahu juventus.com.

“Sejak beberapa tahun kami menjadi pasukan yang lebih kuat menerusi kepercayaan kami dan kerja keras yang kami usahakan, jadi kami merasakan layak mendapatkan tempat kami dalam kedudukan itu.”

Kemenangan ke-21 dalam 22 perlawanan akan membawa Juventus mendahului Napoli bagi melebarkan jurang kepada sembilan mata sehari sebelum pasukan Maurizio Sarri menghoskan pasukan bawahan, Verona di San Paolo.

ARTIKEL YANG SAMA