Napoli lamar Giaccherini

Napoli lamar Giaccherini

ROME, 17 Julai – Pemain tengah Itali, Emanuele Giaccherini menamatkan musim mengecewakan di Sunderland selepas menandatangani kontrak tiga tahun dengan Napoli pada Sabtu lalu, naib juara Serie A mengumumkan.

Giaccherini telah menyertai Sunderland dari Juventus pada tahun 2013, tetapi pemain berusia 31 tahun itu bergelut untuk mendapatkan masa bermain biasa di Stadium of Light dan menghabiskan musim lepas secara pinjaman di Bologna.

Beliau memulakan empat daripada lima perlawanan Itali di Euro 2016 ketika skuad Antonio Conte tersingkir daripada juara bertahan Sepanyol sebelum tewas kepada Jerman menerusi sepakan penalti di suku akhir.

Giaccherini menamatkan musim menge-cewakan di Sunderland selepas menan-datangani kontrak tiga tahun dengan Napoli pada Sabtu lalu. - AFP
Giaccherini menamatkan musim menge-cewakan di Sunderland selepas menan-datangani kontrak tiga tahun dengan Napoli pada Sabtu lalu. – AFP

“Saya datang ke kelab yang berprestij dan saya sangat gembira untuk menyarung jersi ini,” Giaccherini memberitahu laman web Napoli berikutan tiba di Naples.

“Saya tidak sabar untuk memulakan pengembaraan saya dengan Napoli. Bermain di San Paolo akan menjadi hebat.” – AFP