Napoli sambut Milik, kecam Higuain

Napoli sambut Milik, kecam Higuain

MILAN, 2 Ogos – Arkadiusz Milik (gambar) disambut meriah para penyokong Napoli menjelang majlis menandatangani kontrak dengan kelab gergasi Serie A berkenaan yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Penyerang Poland itu bakal diikat bagi menggantikan Gonzalo Higuain dari Argentina yang kini dikecam penyokong-penyokong Napoli kerana perpindahan mengejutkan ke Juventus.

Milik yang akan menyertai Napoli dari kelab Belanda, Ajax, dijangka diumumkan sebagai penyerang baharu kelab itu hari ini.

pg21_160703_c

Namun ketika sambutan ulang tahun ke-90 kelab berkenaan di stadium San Paolo semalam, penyerang 22 tahun itu masuk ke padang memakai jersi Napoli dan penyokong menyanyi memujinya sambil mengutuk bekas tonggak mereka, Higuaian.

Perpindahan mengejut Higuain ke Juventus yang mencatat rekod ketiga tertinggi dalam sejarah selepas Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid, masih dirasakan penyokong-penyokong di Naples.

De Laurentiis minggu lepas berkata Higuain “mengkhianati” kelab manakala sesetengah peminat Azzurri memuat naik jersi Napoli dengan nama Higuain dalam tandas, meninggalkan sedikit imaginasi dengan pelbagai penghinaan untuk pemain berusia 28 tahun itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA