Napoli tetap bersemangat

Napoli tetap bersemangat

MILAN, 19 Feb (AFP) – Presiden Napoli Aurelio De Laurentiis (gambar) berkata pemburu gelaran itu masih ‘hidup’ ketika mereka dilihat cuba untuk menghalang Juventus melebarkan pendahuluan empat mata dengan kemenangan ke atas AC Milan hujung minggu ini.

Napoli yang berusaha merangkul gelaran Serie A pertama dalam tempoh 26 tahun, tercicir ke tangga kedua, satu mata di belakang Juventus selepas kemenangan 1-0 di Turin minggu lalu.

Dengan Bianconeri menghoskan Bayern Munich pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir, pasukan kendalian Massimiliano Allegri mempunyai kelebihan bertemu Bologna pada hari ini.

Kemenangan di stadium Dall’Ara akan menyaksikan pasukan Old Lady melanjutkan pendahuluan mereka kepada empat mata, dan meningkatkan tekanan ke atas Napoli sebelum pertemuan pasukan Milan yang dikuatkan dengan beberapa keputusan yang positif.

Tetapi Napoli, yang semalam tewas 1-0 kepada Villarreal dalam Liga Europa, tidak merasa kesal terhadap kekalahan mereka kepada Juventus, kata De Laurentiis.

File photo of Napoli President Aurelio De Laurentiis during a photocall of his movie "Toto 3D" at the Rome

“Kami perlu melupakannya, bukan merasa kesal mengenainya,” De Laurentiis memberitahu Radio Kiss Kiss. “Inilah kekurangan kami di selatan (Itali). Kami menangisi perkara seperti ada kematian. Kami masih hidup dan bertenaga.”

Milan tidak pernah kalah dalam sembilan perlawanan dan mengunjungi San Paolo yang memburu kemenangan kelima dalam tujuh perlawanan – dua daripadanya menentang Fiorentina dan Inter.

Kemenangan 2-1 ke atas Genoa di San Siro minggu lalu menyaksikan skuad Sinisa Mihajlovic menduduki tempat keenam dan Milan sekarang dua mata di belakang Inter yang menghoskan Sampdoria di San Siro esok.

ARTIKEL YANG SAMA