Napoli tunggu skuad ‘pembunuh gergasi’ Serie A

Napoli tunggu skuad ‘pembunuh gergasi’ Serie A

MILAN, 15 Jan (AFP) – Bekas pertahanan Napoli, Paolo Cannavaro menolak status Sassuolo sebagai “pembunuh gergasi” ketika pasukan bawahan Serie A itu dilihat mencari mangsa baru dalam laluan mereka untuk menempah tempat di persada Eropah musim depan.

Cannavaro adalah seorang pemain yang enggan berlepas dari Napoli apabila dia ditukarkan ke Sassuolo pada Januari 2014. tetapi pemain pertahanan berusia 34 tahun itu sekarang adalah bahagian penting pasukan Eusebio Di Francesco, pasukan serangan dan memiliki penjelasan ringkas bagi kejayaan mereka baru-baru ini.

“Musim ini kami lebih banyak sedar dengan keupayaan kami berbanding musim lalu,” Cannavaro, 34, adik kepada pemain antarabangsa Itali yang sudah bersara, Fabio, memberitahu Sky Sport.

“Kami berkembang sebagai satu pasukan dan apa yang kami capai setakat ini adalah hasil persembahan kami.”

Namun Sassuolo, yang berada 10 mata di belakang Napoli di tempat keenam, bukan pasukan pencabar ‘scudetto” musim ini. Sassuolo yang dipromosi ke Serie A pada 2013, adalah satu-satunya pasukan yang belum dapat ditewaskan oleh kesemua lima pencabar gelaran musim ini.

Pasukan De Francesco menewaskan Napoli di laman sendiri pada musim pembukaan, seri menentang Roma di gelanggang luar, menewaskan Juventus di tempat sendiri, seri menentang Fiorentina di laman sendiri dan mengejutkan Inter Milan 1-0 menerusi sepakan penalti dari Domenico Berardi dua minggu lalu.

Sejak kembali ke Tuscan, Napoli mula menemui rentak untuk mengungguli kedudukan Serie A pada setengah peringkat musim ini untuk kali pertama dalam tempoh 26 tahun. Kali terakhir adalah pada 1990 dan Diego Maradona masih berbangga dengan kedudukannya di San Paolo.

Napoli melonjak di tangga teratas sehingga mencetuskan Maradona minggu lalu berkata: “Jika Napoli memenangi scudetto, saya akan terbang ke bandar raya itu menggunakan helikopter untuk berpesta bersama peminat.”