Narendra Modi pertahankan pendirian selepas dikritik

Narendra Modi pertahankan pendirian selepas dikritik

NEW DELHI, 25 Nov – Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini bangkit dari kritikan yang meningkat terhadap keputusannya untuk menarik balik semua peredaran wang tunai yang denominasi tinggi, menggambarkan langkah itu sebagai “kebaikan sosial yang lebih besar”.

Pada 8 November, langkah untuk mengharamkan 500 dan 1,000 rupee (AS$7.30, AS$14.60) – kira-kira 85 peratus daripada semua bilangan dalam edaran – telah mencetuskan kekacauan di negara itu yang bergantung kepada pemakaian wang tunai yang meluas.

Terlihat beratur panjang di luar bank-bank di seluruh negara itu apabila orang ramai cuba untuk menyingkirkan wang tunai lama mereka, dan kerajaan telah berkali-kali mengubah peraturan sekitar proses pertukaran itu sebagai tindak balas kepada tekanan daripada pelbagai kumpulan dan keadaan huru-hara.

“Keputusan itu tidak dikritik banyak (oleh kebanyakkan),” kata Modi dalam ucapannya hari ini, di mana beliau memuji rakyat sebagai “askar dalam perjuangan menentang rasuah dan wang haram atau palsu (tidak dapat dikesan)”. “Beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam politik demi kebaikan sosial yang lebih besar,” katanya.

Pengkritik bagi langkah itu termasuklah bekas Perdana Menteri Manmohan Singh – dipuji atas pembaharuan ekonomi dengan menyelamatkan India dari ambang kebankrapan pada awal 1990-an – mengatakan bahawa keputusan itu boleh memotong dua mata peratusan daripada KDNK negara.

Gambar fail 16 November 2016 menunjukkan Narendra Modi menyampaikan ucapan selepas majlis anugerah di Anugerah Kecemerlangan Kewartawanan Kebangsaan di New Delhi, India. – AP
Gambar fail 16 November 2016 menunjukkan Narendra Modi menyampaikan ucapan selepas majlis anugerah di Anugerah Kecemerlangan Kewartawanan Kebangsaan di New Delhi, India. – AP

Agensi penarafan Fitch juga berkata ia akan menyemak semula unjuran pertumbuhan India bagi suku keempat 2016 selepas langkah yang mengejutkan itu. Lain-lain telah membidas kerajaan kerana “pelaksanaan yang kurang bermutu” terhadap skim itu.

Tetapi Modi membidas saingan beliau, berkata mereka yang mengkritik keputusan beliau telah berbuat demikian kerana mereka “sedih bahawa mereka tidak mendapat apa-apa notis, peluang untuk bersiap sedia terhadap keputusan tersebut”.

Dalam beberapa minggu sejak keputusan itu, penduduk di seluruh negara telah mengadu luluh dengan wang tunai, di kawasan pertanian luar bandar, yang paling teruk terjejas di mana bank-bank tempatan dan pejabat pos lambat menerima wang tunai baru itu. Modi juga menggesa warga India untuk menukarnya dengan kaedah bukan tunai dalam perbelanjaan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA