NASA berjaya bina ruang boleh kembung pertama

NASA berjaya bina ruang boleh kembung pertama

WASHINGTON, 29 Mei – Selepas lebih dari tujuh jam bekerja keras, agensi angkasa AS, NASA semalam berjaya menempatkan ruang boleh kembung eksperimen pertama yang dipasang bersama Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Angkasawan NASA, Jeff Williams mula memasukkan udara ke dalam Bigelow Expandable Activity Module (BEAM) pada 9:04 pagi EDT (1304 GMT), tetapi hanya mengisi udara ke dalam pesawat angkasa bagi masa yang singkat, dari satu sehingga 30 saat, setiap kali.

Pada keseluruhannya, Williams membuka injap udara 25 kali bagi purata masa dua minit dan 27 saat untuk menambah udara ke dalam model itu dalam jangka masa pendek ketika pengawal pesawat secara teliti memantau tekanan bahagian dalamnya.

“Untuk keselamatan, kami melakukan secara perlahan,” kata agensi angkasa AS dalam Twitter.

“Mahu memastikan perkembangan tidak memberikan sebarang tekanan ke atas struktur Stesen tersebut.”

Imej gabungan daripada NASA menunjukkan pengembangan ruang eksperimen baru di ISS, pada 28 Mei.
Imej gabungan daripada NASA menunjukkan pengembangan ruang eksperimen baru di ISS, pada 28 Mei.

BEAM memiliki berat 3,100 paun (1,400 kilogram) dibina oleh Bigelow Aerospace yang berpangkalan di Las Vegas di bawah kontrak NASA yang bernilai AS$17.8 juta.

Apabila operasi manual berakhir pada 4:10 petang EDT (2010 GMT), model itu ditambah 61 inci (1.5 meter) panjang untuk mencapai 67 inci (1.7 meter) di sekitar tatarajah yang padat dan garis pusat dalaman 127 inci (3.2 meter), kata NASA.

Kemudian, Williams membuka lapan tangki udara yang disimpan dalam BEAM, meletakkan tekanan model itu dalam saiz penuh – lebih dari 13 kaki (4.0 meter) panjang dan sekitar 10.5 kaki (3.2 meter) dalam diameter dengan 565 kaki kubik (16 kubik meter) bagi jumlah dalaman, kata NASA.

Ketika operasi awal Khamis lalu untuk mengembangkan BEAM, ukuran panjang dan diameter model itu tidak bertambah dengan peningkatan tekanan seperti yang dijangkakan. Hasilnya, NASA menghentikan operasi itu untuk sehari dan jurutera memberikan tekanan terhadap model itu petang Jumaat.

Tetapi kali ini, semuanya berjalan dengan baik, dengan Williams melaporkan mendengar bunyi pop pada mulanya dari BEAM, sesuatu ‘seperti bertih jagung dalam kuali.”

Bigelow Aerospace menjelaskan dalam Twitter bahawa ia adalah berita baik kerana ‘pop’ itu adalah bunyi pembalut dalaman yang telah dibebaskan ketika modul itu berkembang.

Pada minggu depan, pemeriksaan kebocoran akan dilakukan pada BEAM untuk memastikan integriti strukturalnya, kata NASA, menambah bahawa pembukaan hac dan kemasukan pertama Williams akan dilakukan kira-kira seminggu selepas pemeriksaan kebocoran diselesaikan.

BEAM telah dilancarkan ke makmal orbit bulan lalu dalam usaha untuk menguji dan mengesahkan teknologi habitat boleh kembang. Habitat boleh kembang direka untuk mengurangkan ruang dalam ruang angkasa lepas, namun membekalkan isi padu lebih besar bagi kehidupan dan ruang bekerja sebaik dikembangkan, menurut NASA.

Ujian pertama modul boleh kembang ini akan membolehkan penyiasat untuk mengukur sejauh mana habitat itu melaksanakan operasi secara spesifiknya, bagaimana ia melindungi daripada radiasi solar, serpihan ruang angkasa dan suhu ekstrem ruang angkasa, tambahnya. – Xinhua