NASA memperdengarkan muzik aneh yang didengar pada 1969

NASA memperdengarkan muzik aneh yang didengar pada 1969

WASHINGTON, 23 Feb (AFP) – NASA telah mendedahkan kepada orang ramai rakaman ‘muzik’ aneh yang dilaporkan didengar oleh para angkasawan pada tahun 1969 ketika berada di bahagian jauh bulan, yang di luar hubungan dengan Bumi.

Kisah di sebalik bunyi bising siulan luar biasa didedahkan malam Ahad lalu dalam satu rancangan di saluran kabel, Discovery, sebagai sebahagian daripada siri-siri dipanggil ‘NASA’s Unexplained Files”(Fail NASA yang tidak boleh dijelaskan).

Bunyi bising itu dilaporkan didengari pada Mei 1969 oleh angkasawan-angkasawan Apollo 10 ketika mereka mengelilingi bulan, beberapa bulan sebelum angkasawan-angkasawan pertama menjejakkan kaki di bulan pada 21 Julai pada tahun sama.

Tiga angkasawan yang berada di dalam Apollo 10 ialah Thomas Stafford, John Young dan Eugene Cernan.

Bunyi-bunyi itu yang selama sejam, dirakamkan dan dihantar ke kawalan misi di Houston.

Transkrip teks telah dikeluarkan pada tahun 2008, tetapi audio sebenar baru saja didedahkan kepada orang ramai.

“Kamu dengar itu? bunyi siulan itu,” tanya Cernan, dengan menyifatkannya sebagai ‘muzik jenis luar angkasa.”

Ketiga-tiga mereka merasakan bunyi-bunyi itu begitu aneh yang mereka debatkan sama ada atau tidak untuk memberitahu ketua-ketua di NASA, kerana bimbang ia tidak akan diambil serius dan boleh digugurkan daripada misi angkasa lepas pada masa akan datang, menurut rancangan Discovery.

NASA berkata bunyi-bunyi itu tidak mungkin muzik asing.

ARTIKEL YANG SAMA