NASA uji kebakaran di ruang angkasa

NASA uji kebakaran di ruang angkasa

WASHINGTON, 16 Mac (AFP) – NASA mengatakan ia akan menguji kesan kebakaran di ruang angkasa dengan menyalakan api di dalam kapsul angkasa lepas di orbit yang tidak dikendalikan manusia.

NASA telah menyalakan api kecil yang dikawal di ruang angkasa pada masa lalu, namun tidak pernah menguji bagaimana api besar bertindak dalam kapsul angkasa di ruang angkasa lepas.

Penyelidikan ini ‘sangat penting bagi keselamatan sekarang dan misi angkasa lepas masa hadapan,” kata jurutera Gary Ruff yang mengetuai eksperimen di agensi ruang angkasa lepas AS, Pusat Penyelidikan Gleen di Cleveland, Ohio, kelmarin.

Matlamatnya adalah untuk mengukur saiz api, bagaimana ia cepat merebat, penghasilan kepanasan dan berapa banyak gas telah dikeluarkan.

Eksperimen itu akan dilakukan dalam kapsul Orbital ATK Cygnus selepas ia membawa bekalan ke Ruang Angkasa Lepas Antarabangsa.

Kapsul Cygnus dijadualkan akan berlepas dari Cape Canaveral, Florida, di atas roket Atlas 5 dalam misi terakhirnya pada 23 Mac.

Sebaik saja kapsul berlepas dari ISS dan berada jauh dari stesen angkasa lepas, kawalan di lapangan akan mencetuskan api di dalamnya, kata Ruff.

Keputusan eksperimen ini, digelar Saffire-1, akan memastikan berapa banyak ketahanan api diperlukan dalam material ultra ringan digunakan dalam kapal angkasa dan gear astronaut.

Ia juga akan membantu NASA membina pengesan kebakaran dan sistem tindakan pemadaman bagi kapal angkasa, dan mengkaji bagaimana mikrograviti dan jumlah oksigen terhad menjejaskan saiz kebakaran.

“Memahami kebakaran di ruang angkasa telah menjadi fokus dalam mana-mana eksperimen selama bertahun-tahun,” kata Ruff.

ARTIKEL YANG SAMA