Nasib anak yatim dipeduli

Nasib anak yatim dipeduli

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Nasib anak-anak yatim terus diberi perhatian dalam bulan Ramadan lalu sehinggalah Syawal apabila berpusu-pusu orang perseorangan, badan-badan kerajaan dan syarikat swasta menghulurkan sumbangan untuk membela nasib mereka.

Syarikat Hari Ini Catering dan Syarikat Teguh Mesra Sdn Bhd tidak ketinggalan membela nasib anak-anak yatim ini apabila 100 orang anak-anak yatim dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan Kawasan 2 dalam Majlis Penyerahan Derma Anak-anak Yatim semalam.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengurus Syarikat Hari Ini Catering, Awang Lim Chai Huat dan Pengurus Syarikat Teguh Mesra, Awang Toh Sua Kaw.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis penyampaian itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim yang juga menerima sumbangan derma dari 22 buah syarikat lagi bagi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei Muara berjumlah $10,600.

Antara jemputan khas yang hadir di majlis berkenaan bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Anak-Anak Yatim.
Antara jemputan khas yang hadir di majlis berkenaan bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Anak-Anak Yatim.

ARTIKEL YANG SAMA