Nasib anggota polis tergantung

Nasib anggota polis tergantung

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 25 hingga 28 April 2016 untuk perbicaraan seorang anggota polis berpangkat konstabel yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah $200 daripada seorang warga Filipina pada Julai 2013.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurjauniah binti Haji Kula yang menjalankan pendakwaan ke atas PC 5491 Rusdi bin Abdul Rahim akan memanggil tujuh ke lapan orang saksi untuk memberikan keterangan.

Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai saksi pembelaan.

Tertuduh berdepan dakwaan menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas warga asing tersebut, yang melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

pg06_151218_mahkamah logo

Dia didakwa melakukan kesalahan bersama rakannya (telah meninggal dunia) di kawasan Syarikat Tyre Mart, Serusop pada 12 Julai 2013.

Tertuduh didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) yang membawa hukuman denda $30,000 dan penjara tujuh tahun.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain melanjutkan ikat jamin tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA