Nasib ‘dalang’ serangan maut di Paris masih tidak diketahui

Nasib ‘dalang’ serangan maut di Paris masih tidak diketahui

PARIS, 19 Nov (AFP) – Nasib suspek yang disyaki menjadi dalang serangan Paris, Abdelhamid Abaaoud, masih tidak diketahui hari ini selepas serbuan polis besar-besaran menyebabkan sekurang-kurangnya dua mati, sebagai membalas amaran Amerika Syarikat bulan lalu yang dia boleh merancang satu serangan fizikal.

Polis mengadakan serangan ganas tujuh jam di utara Paris semalam selepas risikan membawa penyiasat ke sebuah apartmen di mana seorang warga Belgium yang disyaki mendalangi serangan paling teruk itu dipercayai bersembunyi.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam serbuan itu – seorang wanita dianggap telah meletupkan diri dan satu lagi mayat ditemui penuh dengan kesan tembakan peluru, menurut pendakwa raya Paris Francois Molins.

Lapan orang telah ditangkap, tetapi bukan Abaaoud dan bukan juga Salah Abdeslam yang berusia 26 tahun – yang disyaki terlibat dengan saudara pengebom berani mati beliau, Brahim, dalam serangan Jumaat lalu yang mengorbankan 129 orang.

Gambar fail seorang lelaki yang digambarkan sebagai Abdelhamid Abaaoud. – Reuters
Gambar fail seorang lelaki yang digambarkan sebagai Abdelhamid Abaaoud. – Reuters

Penggubal undang-undang Perancis bermula hari ini akan membahaskan sama ada untuk melanjutkan pengisytiharan darurat selama tiga bulan hingga Februari selepas serangan minggu lepas.

Polis melepaskan lebih daripada 5,000 butir peluru di bangunan tersebut selepas penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran stadium Stade de France telah dipindahkan.

Satu siri letupan berbunyi sebagai polis menutup tempat kediaman tersebut dan seorang suspek dilihat diseret keluar dari bangunan itu.

Kerosakan teruk kepada bangunan dan keadaan mayat yang ditemui menjadikannya satu kesukaran untuk mengetahui berapa ramai anggaran orang yang terbunuh dan siapa mereka, pendakwa berkata.